Penjaga gol Sepanyol itu menyelamatkan sepakan penalti dan melakukan hadangan penting dalam kemenangan 2-1 pasukannya ke atas Everton dalam Piala FA.
De Gea membantu United melangkah ke perlawanan akhir Piala FA hari Sabtu lalu, menyelamatkan sepakan penalti Romelu Lukaku di separuh masa kedua, apabila pasukan kendalian Louis van Gaal itu berjaya menjinakkan Everton 2-1 dalam perlawanan dramatik di Wembley.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu yang dipilih ke dalam Pasukan Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris untuk kali ketiga musim berturut-turut, turut menafikan peluang gol Gerard Deulofeu di babak separuh masa kedua.
Dan Herrera lantas memuji De Gea, menyatakan rakan senegaranya itu bukanlah seorang pemain biasa.
"Dia nombor satu dunia. Di England anda tahu tentangnya tapi di seluruh dunia, mereka fikir mereka ada penjaga gol yang lebih bagus, tapi saya tak fikir begitu. Apabila kami memenangi kejuaraan liga atau trofi, saya fikir dia akan lebih diiktiraf.
"Dia pemain berbakat istimewa. Dia dilahirkan dengan bakat dan kualiti itu, dia sangat bertuah. Kami yang pemain biasa-biasa, perlu berusaha lebih gigih.
"Tapi apa yang saya suka tentang dia ialah dia sangat tenang, dia kekal berpijak di bumi nyata. Dia tidak berubah apabila bermain di perlawanan sebegini, jadi saya fikir dia adalah penjaga gol nombor satu Sepanyol dan di dunia dan dia adalah rakan saya, jadi saya sangat gembira untuk dia."
Mengenai perasaan dan masa depan De Gea di Old Trafford selepas rancangan perpindahannya ke Real Madrid gagal tahun lepas, Herrera menambah: "Saya fikir dia sangat gembira di Manchester United.
"Anda boleh melihatnya. Jika anda tidak gembira berada di sesebuah kelab, anda tidak boleh bermain sebegitu rupa, jadi ia mudah untuk dikatakan begitu.
"Kami boleh menjadi tenang dan optimis, pertama kerana dia berada di sebuah kelab yang fantastik dan jika kami mula memenangi trofi, adalah lebih mudah untuk mengekalkan pemain berkelas dunia."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar